jiaa cantik

jiaa cantik
fat.girl.elastic.heart

Saturday, April 18, 2015

eye catching view πŸŒΈπŸ’πŸŒΈπŸ’

                       
  
      
     
                       





                        HELLO HOLY :)   !
          

Friday, April 17, 2015

Future Wish

I still remember vividly the moment that I first met you. I remember thinking to myself that I had definitely been hallucinating, for you seemed like a vision of perfection to me, so much so that I felt my heart frozen when you looked at me and smiled. I know it sounds like out of some cheesy romance novel but after all this while you still manage to take my breath away. I love you darling, it is a spell that you have cast on me I know, and I hope that it continues to weave its magic forever. May Allah bless us . Even bergaduh banyak kali pun , you still manage to pull me back again . And one thing , I wish I can have you as My IMAM one day πŸ’•





chill time !

                              hey hey holy !





 Whatever is beautiful,
Whatever is meaningful,
Whatever brings my happiness...
May it be mine this Holiday Season
and throughout the coming year!




esok jia yang cantik nak pergi cuti . bye semua , doakan perjalanan kami :)



Thursday, April 16, 2015

30 Mei 2015



SEMOGA SEGALANYA BERJALAN DENGAN SEMPURNA 




Terjemahan:
'Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami.'










This is just an update. Not really a long post today.

I have been really stressed out lately and just trying to calm down .






a space for me to express with myself and also a chance for me to ramble and rant at the world about things I am passionate about in the best way I know how to, through listen to myself .


memang kita perlu kawan , kita perlu teman hidup lahh apa semua tu tapi kadang kadang nak share semua benda dengan diaorang tak boleh jugak sebab kita manusia. manusia yang ada hati yang tak sama sebab ALLAH kata "aku berbagai-bagaikan sifatku" untuk manusia ikut . Yang mana nampak jalan yang lurus maka semua sifat dia adalah berlandaskan sifat baik ALLAH , tapi ada juga yang tersasar . "Manusia tak lari dari buat silap" macam aku jugak dan macam orang lain jugak adakalanya mulut mesti keluar benda benda tak baik . biasalah sifat normal manusia bila kita semua lupa pegangan kita , semua mesti jadi kucar kacir . ada yang talam akan jadi talam , ada yang tikam belakang . sebab semua dosa yang kita buat , sebabtu hati tak tenang . so . ni lah antara sebab kita kena hati-hati sikit dengan apa yang kita nak share sebab tak semua benda kita boleh share dengan orang kan ? so , kita lepak bukak kedai makan dengan hati sendiri dah betul sbb kalau nak buat dosa pun sendiri tanggung .
a week past , aku hadap macam macam jenis masalah , masalah family ,masalah duit , masalah dizly , masalah kawan , macam-macam and untuk tidak membingungkan orang lain dan diri sendiri . bawa diri , lepak pantai , cakap sornag sorang . gila ? tak , aku tak rasa aku gila , sebab tu cara aku dan aku percaya semua orang ada cara sendiri .






Tuesday, April 14, 2015

Terima Kasih .




SubahanAllah , semuanyaa makin reda .
Moga takde satu pun yang sangkut dekat hati ,
The time will come , and i will wait for it dizly .





Monday, April 13, 2015

hoping too much :)

Niat tu penting , nabil pernah pesan kalau nak janji dengan diri kena jaga niat bebetul . Kalau betul cara kita jaga terkotalah janji kita . 


Aku pernah janji dengan diri , aku nak kahwin dengan kau . Tapi sekarang ni apa yang aku perlu , masaaa...

Masa untuk aku jaga niat aku ,
Masa untuk aku bersihkan jiwa aku ,
Masa aku nak jaga diri , 

Supaya apa ? 

Supaya kalau Allah dah janjikan kau dengan aku , 
Aku dah boleh jadi yang terbaik , 
Aku boleh jadi yan suci ,
Aku boleh didik diri aku ,
Aku boleh nak independent sendiri ,

Semua ..

untuk kau senang ,

Jangan risau ,
Bilaa kita jaga niat ,
Allah takkan hampakan kitaa ,
Buat benda baikkk sayang ,

Allah Maha Besar ,
apa pun yang kita buat , 
sandarkan segala pada dia,


Percaya.Sabar.Terima







kerana segalanya sudah ditentukan ...

aku masih kalah dengan hati .

Ya Allah ,
apa yang jadi harini semua atas kehendak-Mu



Perempuan yang masih bermain  dengan perasaan sendiri . Allah manusia  memohon berikanlah satu pegangan diri yang tetap . Sedang masih sayang  , nafsu tamak kuasai segalanya tolak semua yang baik depan mata . Dunia harini manusia akan selalu buang peluang yang ada . Manusia masih tiada pegangan hati yang kuat . Dari dulu sampai sekarang manusia masih mencari kebahagiaan mereka yang telah pun mereka \ dapat . Tapi , masih tak cukupkan wahai nafsu ? Apa lagi yang tak cukup wahai hati , Kasihankan badan yang tiada daya ni . Banyak lagi yang perlu dipandang . Meskipun hati kata buang tapi hati tetap kukuh kasih yang lama disemai . Nafsu hancurkan segalanya . Cukuplah nafsu kau memalukan tuan mu , 


Tenteramlah wahai hati , tenanglah wahai jiwa .

the birthday mate

Hopefully this beautiful bonding  between me and him to be extended with your greatest permission Ya Rabb .

Kau lari aku tembak kau  !


                                     





btw , thanks sebab selalu kuatkan semangat bilaa aku perlu .
satu yang aku ingat .
pegang pada niat ,
semoga aku boleh berdiri dengan semangat kau .
jaga hati .
semoga dapat apa yang kau hajatkan dalam hidup kau .
kau percaya bercinta lepas kahwin ?
aku pun berusaha ke arah tu ,
sebab tu aku tinggal dizly aku ,
sebab aku nak rasaa nikmat aku dengan diaa .

and a little confuse with my heart πŸ˜–

Kadang kadang rasa , rindu kadang kadang rasa sayang , bila dah dapat rasa nak buang . Allah what am i supposed ti do . Kalau memang bukan dia untuk aku lenyapkan terus apa yang aku rasa , 

sakit ,
hati dihimpit badan yang sasa ,
kalau bukan jodoh tidakkan merasa , 
bangun wahai jasad jangan engkau lupa .


to bitch



  If we burn , you burn with us .

Sunday, April 12, 2015

LOVE

The Town Was Paper But The Memories Were Not


Kalau time machine tu betul betul ada kat dunia ni . Memang benda pertama lah yang aku nak beli dalam wish list aku . Bukan apa aku nak pergi balik dalam hidup aku dekat maktab dulu . Alaa kalau nak cakap pasal pahit manis kenangan tu memang clishe ah.. Memang dah macam tu dah istiadat2 diaa , dah nama pun kehidupan mesti ah ada jatuh bangun dalam hidup kau kan ? Tapi benda benda tu ahh yang aku rindu sangat sekarang ni . 

23 MARCH 2009 all begin..

Aku,Apiz,Burn,Kero,Khalid,Iema, budak budak second intake lah senang cerita masuk harini ahh . Siang tu aku tak payah nak ceritalah , masuk daftar semuaa , lepak lepak dengan mama papa , mama balutkan loker  , habis tempat tempat sangkut hanger semua dia balutkan , setiap tahun pulak tu mmg fully cover mmg untung ah sape dapat loker aku lepas tu . Yang aku ingat malam tu ahh . kene beratur ikut nama kelas . nak masuk kelas baru. 1 Mutiara tu .. dah sampai sampai kat kelas kene introduce diri pulak . aduhh -.- orang lagi tgh homesick hahah . tapi tak tipulah half sem 1 aku melalak , kadang kadang pandang pokok kelapa tepi kelas pun boleh melalak nak balik . HAHA . Orang pertama aku kenal Suzana . Kalau nak kata utk berkawan baik sgt dia tu utk aku . Hari makin hari aku macam dah selesa lah . Best lah kalau ingat ingat balik adegan Mas nak bunuh diri dekat jalan tepi kelas time gelap gelap tu sbb kene ejek pasal dagu "Doddy" hahaha . Budak lelaki biasalah yg kelas Fairuz lagi teruk siap letak bakul sampah lagi atas meja budak perempuan . Tapi nak buat macam mana time tu semua bebudak lagi.. Hari makin hari aku dah mula ah nak tunjuk belang biasalah . Phenomena lainlah pulak baru ada feel . Dah last last year tu aku macam ramai jugaklah yang aku rapat . Mimi time form 1 aku tak berapa pasti ah .. Tapi yg memang pastinya Nina , sebenarnya mula kenal tu tak berapa nak pasti jugaklah macamana kan tapi yg aku ingat time mula rapat ahh , mula rapat pun sbb lepas mummy jumpa nina dgn aku sbb gaduh . Hari Sabtu ke Ahad ntah . aku nak peri mandi and time tu aku baru lepas hantar surat macam say sorry ah macam tu kat nina . elok je dia bukak mummy dia pun sampai haa dah duduk bersidang sekali baca surat tu ramai ramai . Tak sempat nak mandi nama dah kene panggil dah . Start darpada tu ah rapat , cari kutu sama sama , cungkil taik gigi sama sama , main penyek2 taik dgn tangan sama sama . hahah . benda tu semua yg increase rasa sayang aku . dia aku tak tahu ahh . best best . kadang kadang hujung minggu ramai je betapa dekat bilik aku buat konsert sesama . ye ahh . bilik paling hujung dunia , memekak macamana pun orang tak dengar . time tu roomate aku kam , aimi , iema . semua form 1 yang lelain tu ada mix form . time form 1 jugaklah aku pernah ah fly prep dengan mas . dia ahh duk hasut tak yah pergi semua . time tu badan bukan macam sekarang .. dulu lubang semut pun mampu masuk lagi sekarang lubang gajah pun belum tentu muat . menyorok gila babi punya dalam loker time tu , intip pelan2 sampai kak una blah . hahah . Itu cerita form 1 ahh . banyak lagi sebenarnya mana nak mampu aku nak ingat satu satu . Naik form 2 nama masing masing yang dajjal ni dah start meletup2 dah . Ingat lagi ada sekali tu aku nina PB , mmg tetiap minggu mmg muka kitaorg je balik hahah. Tapi nak jadi malang tu , bebudak kat maktab dah kecoh kononnya aku dgn nina ni budak wanted ah dengan warden , warden nak jumpa kononnya sbb jahat sgt . tapi fikir2 balik aku takde ah jahat sangat sampai nak kene JDM ke takdelah . Kalau setakat mulut2 puaka ni , biasa ah tu . budak budakkan . Pernah jugak bergaduh dengan budak budak kelas lain . Tapi tak ingatlah pasal apa . Yang aku ingat aku pernah nak sepak Nisaq . Hahaha . Best sebenarnya time tu rasa macam hebat gila . Tapi tu semua memalukan diri sebenarnya . Ye ahh time tu tengah bajet bajet Kak Yong . Lepastu waktu form 1 , mana yang kelas kelas yg sebelah sebelah macam Zamrud , Mutiara , Fairuz selalu je main nyanyi yang dalam bentuk soalan sape tak boleh nak jawab kira kalah ah . Memang bising gila kot time tu . Ada satu hari tu Form 1 memang bising gilalah . Malang tak berbau cikgu Noer pun sampai dengan rotan panjang dia , haaa amik kau dah semuaa jadi tiang berdiri atas kerusi , aku dah lah bendera merah time tu mmg 100% bila bila je boleh kantoilahh kan tapi nasib baik duduk belah tepi . boleh ah aku nak cover2 sikit . Time tu kalau nak cakap pasal sape yg sweet sweet couple yg paling aku ingat Niena dgn Syed ah . Gilaa babi sweet dia .  Pernah sekali tu Syed kneeling tau .Hahahha . Malas nak cerita lelbih takut malu pulak nanti yang baca ni . Yang dekat kelas Berlian aku tak ingat sape ntah perempuan yang suka duduk tepi tingkap sbb nk tgk Am kot rasanya . Hahaha . Macam bodohlaa . Hahahah . Aku tahu pun sbb time tu baru baru nak rapat dengan Mira so selalu lah lepak Berlian . So aku nina mira jadi rapat ahh time cuti sekolah tu selalu keluar . Pergi tgk the smurf . Mira tak tengok sbb mira main game . Yang suka sangat Ninalahh . Time tu kebodohan melanda sbb kitaorg ada nama group lahh konon . MNG stand for mira nina gia . Semua orang dok ejek kitaorang naik Form 2 , MNG satu bilik , Mira katil satu , katil 2 kosong , katil 3 nina , katil 4 aku , lepastu in between katil mira dgn kosong tu ada ah peti ais warna hijau . HAHAH . memang stock makanan ah situ . Yang aku ingat dalam tengah2 sem tu , Mimi datang merempat duduk bilika aku dekat Katil kosong tu , sebab bergaduh dengan roomate dia . And dari situ aku rapat dengan Mimi sebab sama kelas sama bilik sama sebelah2 . rindunya Mimi . Time form 2 block aku kat block Form 4 macam terpisah sikit ah dengan yang lain lain :( dalam kelas tu ada 2 benda yang paling aku ingat . satu , aku tak ingatlah sape tapi aku rasa Mimi Syakira rasanya time tu tgh kelas cg Adam , si Syakira ni mengantuk agaknya so dia pun sapu ah minyak angin kat kepala diaa , sapu punya sapu mata dah pedih berangin so dia pun tak boleh ah nak bukak mata dia , so dia tutup je sebab pedih , cikgu Adam pulak ingat dia tidur  cikgu Adam marah dia terus balin marker kat Syakira , terus terbukak mata perempuan tu hilang semua rasa pedih . Hhahah . lagi satu pulak time geografi time tu cikgu Nazri yang ajar , suara dia dah laa pelahan confirm ah budak budak mengantuk so kelas senyapp , tengah tengah senyap tiba tiba bunyi kapal terbang , terbang rendah tau , memang kuat bunyi dia mmg masing masing tiba tiba rasa cuak lah .Tapi yang tak boleh blah tu cikgu Nazri punya takut sampai dia macam nak masuk bawah meja . hahah . Aku rasa time form 2 aku dah start active bola tampar kot , mula mula aku sorang je perempuan yg main dengan Naqib , lepastu kitaorang tarik sorang2 main dengan kitaorang . Orang orang pertama yang aku ajak main fatin opet , kero , syida , farah aliah , nora lepas dah main hari hari so masing masing makin hebat . Bestlah sbb enjoy main time picnic homeroom pun main .Kitaorang punya eager nak main tu sampai terkeluar2 bola . dah masing masing jadi monyet panjat pagar . Hahah . dan start tu ah macam ramai lagi yang berminat nak main. so memang setiap petang court penuh . best best best ! tak dapat dah sekarang ni nak enjoy main macamtu sbb tulah badan dah besar macam anak gajah masing2 kan Naqib ? Hahaha . So bila cikgu Malik macam nampak kitaorang boleh pergi so dia start train kitaorang betul betul sbb kitaorang ada SUZON ! the only acivity that im getting anxious to participate . Tapi sebenarnya cikgu Malik train kitaorg sekejap je sb lepastu sir azim yang train , bestnyaa sbb dia macam abang2 sikit open ahh senang cerita .so menang ah time tu laki pompuan dapat tempat ke-3. worth ah selama kitaorg train tu . Tapi selama kitaorg training tu ada je warden warden tak puas hati . kesian kami kami kene mandi siap siap semua lima minit je . memang anak lembu ah kan masing masing pergi kelas malam tu . HAHAHHA . Masuk form 3 ada macam semua dah start busy , ada ada yg dah jadi ldp semua *taik . hahah tapi kalau nak cerita pasal form 3 ni aku macam tak berapa nak belajar sangat sebab terlebih perhatian dekat benda benda lain . biasa ah perempuan gatal macam aku . haha mampuslah . semuaa dah lepas dah , tapi aku rasa time form 3 dan ke atas orang yg paling banyak aku bercerita , mengadu semua dekat Naqib :) dah diaa je yg sanggup tadah telinga nak dengar aku merepek , and bad for me sbb aku dapat 5A and 3B . tu yang kene tendang tu tapi dapat jugak ah merasa title "budak rayuan" memang kat TGB tu majoriti budak rayuan budak muar kira macam bukan aku je ah yang bad luck . tapi Alhamdulillah dapat masuk balik maktab walaupun dipandang hina aku tetap gagah berdiri . Haahha . And bila masuk form 4 id aku kelas aku dah bertukar dah . Id aku 124130 kelas 4/5 Zamrud . and lagi sekali aku jumpa Naqib , Amir ,  tu je ahh kot yang ada dari Mutiara , ramai budak baru dan salah satu yang aku macam amaze jugaklah kan ada sorang ni nama dia sama dengan aku , tapi dia putih aku hitam dia pandai aku bodoh , tapi aku bangga sbb at least aku dapat tunjuk apa maksud kotra tu secara betul . Hahaha , bestlahh , time form 4 yang aku ingat budak lelaki suka pecahkan cermin , budak budak baru yg macam buat kitaorang hidup happy sbb gelak je danial , zaw , aiman , yang mana dajjal dajjal . cakap pasal nail aku teringat satu hari tu miss issi tkde so yang ganti jenny foreigner yang si nail pulak mmg tebiat dia ah suka tidur dalam kelas lepastu jenny suruh ah dia berdiri luar kelas , nail benggang dia pikimak kan si jenny tu . haha satu kelas gelak , setan betul .. memang rapat ah satu kelas dulu sampai habis form five still lagi get in touch . ye ahh . best sbb semua orang dalam kelas tu o[en minded , yang buat jadual belikan makan pun ada tau asalkan dapat upah setan betul . haiihh sanggup betul , nak nak zack dgn amir , apeng pun dua kali lima jugak . bestlahh bila ingat main teka teki sama sama , bila sopi start nyannyi satu kelas nyanyi sama sama , tengok mobie dekat laptop apeng sama sama . main tembak2 plasticine sama sama , sakit setannn , rindu nak lepak ramai ramai time prep dengan fav girl aku thiaa , qama , zaw , faten , ecaa , sab , azie , semualahh , nak cakap sembang pasal kawen , jodoh , movie , nak makan sama sama , nak sakat azie dgn raja . Hhaahahh . bestnyaa , rindu nak amik order makanan . bestnyaa rindu . kelakarlah bila ingat budak budak laki tukar sandle dgn perempuan time ada sport check mmg zaw dgn ecah ahh jadi sasaran . hahah . teringat kene jalan itik lepastu cakap i love english, teringat usaha usaha diaorg nak buat umrah sorry guys aku budak mssj . Hahahhaha . teringat keme marah sebab pakai nandek kat dahi dgn ustad poji , teringat sape ntah yg dajjalkan meja aku , sampai terbelah dua , kesian duh aku . hahah tapi takpe , best sbb ada jugak org benci aku . Hahahha . rindu ustad panggil datin . HHAHAH . mana dato saya ? AMIR JKJK . hahha . rindu nak dengar mp3 sembunyi2 :( weh rindu semuaa . Ya ALLAH kekalkan ingatan ni sampai aku mati . Kekalkan jugak bonding kitaorang.. Ameen :)



      
                                zaw tengah mengajar




MNG 
  

Sharom Draggy



Picnic Homeroom Al-ZAHRAWI 


Biro Annual Dinner


Amir tak yah garang sangat


Suzon Menengah Rendah 



Gadis Cantik Zamrud



Batch Kita


Other Half


Mutiara Mutiara Amin dan Suzanna


We The King and Queen



Mutiara Legacy



Nak pergi SUPER , bye boyss .HAHAHAH



Kegedikkan terserlah bersama :)



Malulah saya abang Naqib . Hahahha



Time ni Jiaa dah besar sikit :)



with twin again :)



Zamrudians :)



Kami nak pergi cari kerja ni :)



sedih tak semua adaaa :(


THE END ...